MUQADIMAH

MADINATUL ASRAR INVESTIGASI SUPERNATURAL

logomadinatulasrar11

INFO

DA’WAH-DO’A-DAWA’

MADINATUL ASRAR INVESTIGASI SUPERNATURAL bukan merupakan Team pemburu hantu. MADINATUL ASRAR INVESTIGASI SUPERNATURAL adalah sebuah SUPER TEAM yang Aktif menjalankan kajian & penyiasatan supernatural tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kejadian-kejadian aneh,misteri,mistik dan luar biasa seperti kewujudan entiti & aktiviti paranormal yang berlaku di sekeliling kita.

Segala aktiviti penyiasatan,kajian dan rakaman yang kami lakukan adalah tujuan mendidik masyarakat supaya beriman kepada Allah SWT.

Kami merupakan Perawat Ruqyah Syar’iyyah Sarawak dan Penyiasat Supernatural yang berpusat di tengah Bandaraya Kuching,Sarawak.

Kami merupakan hamba Allah SWT yang memperjuangkan syiar Islam melalui pendekatan Dakwah melalui rawatan menggunakan Ruqyah daripada Al-Qur’an,Pengubatan Zikir dan Do’a,. Prinsip kami hanya ingin membantu masyarakat supaya tidak menyimpang ke arah kesyirikan dalam menerima apa jua sebarang rawatan sihir dan sebagainya. Matlamat kami adalah ingin Berbakti kepada masyarakat dengan method Dakwah-Do’a-Dawa’.

Rawatan yang disediakan adalah berdasarkan Ruqyah Syar’iyyah,Thibbun Nabawi,Pengubatan Melalui Zikir dan Doa.Segala penyembuhan adalah milik Allah SWT.. Sebagai manusia kerdil kita hanya mampu BERUSAHA, BERDOA & BERTAWAKAL kepadaNYA. Semoga perjuangan kami ini diterima Allah SWT & Allah akan melimpahkan keajaibanNYA dalam perubatan ini, insya Allah.

DAKWAH

dakwah-bukan-hobi

Dakwah adalah suatu usaha yang merealisasikan ajaran Islam kedalam kenyataan hidup sehari–hari, baik bagi kehidupan seseorang mahupun kehidupan masyarakat untuk memperoleh keridhaan Allah SWT. Dakwah memerlukan method yang tepat agar mampu mewujudkan tujuannya untuk menggugah seseorang kembali ke jalan yang diridhai–Nya, salah satunya dengan menggunakan pengubatan dzikir dan do’a, kerana dzikir dan do’a merupakan instrumen yang sangat ampuh sebagai pengendali manusia dalam kesibukan sehari–hari bahkan untuk kesihatan (menyembuhkan dan mencegah dari penyakit). Sebab tidak sedikit orang yang merasa dirinya berdzikir dan berdo’a, tetapi nilainya hampa, tidak mempunyai nilai positif bagi dirinya. Orang yang berfikir dengan sihat tidak mungkin dia akan lupa kepada Allah SWT. Bukanlah rahsia umum lagi manfaat dari pengubatan dzikir dan do’a ini sangat besar bagi kesihatan seseorang. Bahwasanya dzikir dan do’a pada intinya adalah sum-sumnya daripada ibadah. Kerana dengan berdzikir dan berdo’a manusia selalu ingat kepada Allah swt, dalam situasi apa pun manusia harus selalu mengingat Allah SWT.

Jadi dapat dikatakan bahwa dengan ingat kepada Allah, menurut pengertian yang benar, secara tersurat dan tersirat sesuai dengan kemampuan akan betul–betul berguna bagi kehidupan orang yang beriman. Allah memerintahkan kepada manusia untuk berdzikir dan berdo’a kepada–Nya. Dengan dzikir dan do’a hidup akan terasa nyaman dan tenteram.

Dengan penelitian ini Dr.Rizal menyampaikan dakwah  melalui pengubatan dzikir dan do’a di PUSAT RAWATAN ISLAM MADINATUL ASRAR(PRIMA)bertempat di Kuching,Sarawak,Malaysia. Pengubatan dzikir dan do’a Dr.Rizal terdapat nilai-nilai dakwah, baik dari segi perbuatan dan nasihat beliau kepada pasiennya.

Dakwah boleh dilakukan dengan method apa pun juga, misalnya melalui pengubatan dzikir dan do’a ini dan yang terpenting adalah bagaimana caranya agar bilapun dan di manapun berada harus mengingat Allah SWT. Allah berfirman dalam QS. Yusuf: 108, yang berbunyi:

Ertinya: Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha

Suci Allah, dan Aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”.(QS. Yusuf: 108)

Dari sekian banyak method dakwah yang digunakan, Dr.Rizal berusaha untuk mengkaji tentang dakwah melalui pengubatan dzikir dan do’a, kerana pengubatan  dzikir dan do’a memiliki kekuatan tersendiri, yakni sesuai dengan

firman-Nya QS. Al-Baqarah : 152, iaitu :

Ertinya : “Kerana itu, ingatlah sekalian kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (QS. Al–Baqarah: 152).5

Penggalan ayat di atas mempunyai makna besar bila dikaji lebih dalam lagi. Bahawa kata ”fadzkurun” (ingatlah kamu sekalian kepada-Ku) ini dianjurkan melalui dzikir, hamdalah dan tasbih, yang dilanjutkan dengan membaca kitab Allah yang diturunkan kepada baginda Nabi besar Muhammad S.A.W. dengan penuh penghayatan. Di samping itu kita pun harus memikirkan tentang dalil yang telah Allah paparkan di alam semesta ini agar menjadi tanda bagi kebesaran Allah,kemudian ingatlah Allah, dengan demikian Allah akan membalas amal kita (manusia) dengan pahala dan bahasa yang baik. Allah akan membuka pintu kebaikan, bahkan kita (manusia) akan selalu menang dan berjaya serta berkuasa.

Ini merupakan tanda ingatnya Allah kepada kita (manusia), sesuai dengan kata “adzkurkum” .

Sebagai seorang muslim, seharusnya ia mengetahui dan menyedari sepenuhnya, bahawa yang paling dekat padanya adalah Allah S.W.T. Kepada–Nya manusia kembali, kepada–Nya manusia meminta, kepada–Nya manusia berharap,kepada–Nya manusia berserah diri dan dengan sendirinya manusia akan menerima apa saja yang telah ditentukan–Nya.

DO’A

dakwah-253381

Selain itu do’a pun mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam kehidupan. Do’a merupakan anugerah Allah yang sangat besar bagi insan yang beriman. Semua aktiviti dan keadaan kehidupan ada do’anya, termasuk dalam pengubatan. Allah telah mengajarkan melalui al-Qur’an dan Rasul-Nya S.A.W. Do’a itu dipanjatkan hanya kepada Allah, tidak kepada yang lain. Walaupun ada orang yang mahu berubat kepada seorang perawat dan seorang perawat tersebut memberikan nasihat atau pencerahan kepada seseorang tersebut (orang yang berubat) , maka do’anya tetap harus ditujukan kepada Allah, perawat hanya perantara saja. Namun, Perawat di sini bukan hanya memberi nasihat atau pencerahan saja, akan tetapi dengan berikhtiar untuk mengubati pasiennya dengan dzikir dan do’anya. Manusia hanya berusaha, tetapi Allahlah yang menurunkan bantuannya sehingga usahanya mencapai tujuan, iaitu sembuh. Di sinilah terlihat nilai–nilai dakwah,iaitu dengan memberikan pesan–pesan dakwahnya kepada pasien.

Mengenai hal ini, Allah berfirman dalam QS. Al-A’raaf : 55-56, yang berbunyi:

Ertinya : “Berdo’alah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdo’alah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya Rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Al-A’raaf : 55-56).

Do’a merupakan pendorong untuk mencapai harapan dan keinginan untuk hidup yang baik, teratur, dan terhindar dari segala hambatan, serta hambatan,

ancaman atau pun gangguan. Do’a–do’a itu amat penting guna untuk memperkuat kesihatan mental. Baik untuk penyembuhan atau untuk pencegahan, maupun pembinaan. Jika manusia mampu dan mahu berdo’a, in sya Allah kesihatan mental kita akan dapat dipertahankan. Selanjutnya ketenteraman dan kebahagiaan hidup akan dapat diraih. usahanya mencapai tujuan, iaitu sembuh. Di sinilah terlihat nilai–nilai dakwah, iaitu dengan memberikan pesan–pesan dakwahnya kepada pasien.

Pengubatan Islami Khazanah Para Nabi dan Wali-Wali Allah penyembuhan berbagai penyakit medik dan non medik hingga yang kronik sekalipun dengan pertolongan dan ridha Allah. Dunia pengubatan selalu berjalan seiring dengan kehidupan umat manusia. Kerana sebagai makhluk hidup, manusia dapat merasakan penyakit ringan maupun berat, jasmani ataupun rohani. Keinginan untuk terlepas dari segala macam penyakit, inilah yang mendorong manusia untuk membuat upaya menyingkap berbagai method pengubatan,terutama pengubatan melalui Dzikir dan Do’a.

MISI

Misi kami yang Utama adalah menyampaikan Dakwah Melalui Method Pengubatan Menggunakan Kaedah Zikir dan Do’a serta mencari penjelasan saintifik melalui penggunaan peralatan moden seperti video kamera, kamera, perakam audio dan pelbagai lagi peralatan Moden & Canggih serta berteknologi tinggi serta digabungkan dengan Kaedah Rawatan Perubatan Islam untuk tujuan Penyiasatan sekira terdapatnya dakwaan berlakunya aktiviti paranormal & fenomena ganjil samada melibatkan pesakit,tempat dsbnya. Aktiviti paranormal & fenomena ganjil yang saya maksudkan disini adalah seperti pesakit yang menderita gangguan makhluk halus,ilmu hitam, sihir, santau,saka dan sebagainya….

TEAM

Kami adalah kumpulan penyiasatan supernatural yang dianggotai lebih 10 orang yang kebanyakannya mempunyai pengalaman tersendiri serta mengalami aktiviti paranormal dalam kehidupan mereka atau golongan yang tertarik untuk mengetahui lebih mendalam peristiwa misteri yang berlaku di suatu lokasi yang didakwa keras,berpuaka dsbnya.Kami tidak mendakwa diri kami sebagai pakar dalam bidang ini, tetapi dengan berbekalkan pengalaman luas dalam bidang perubatan Islam dan mengambil kaedah ini dengan sangat serius,jadi kami di Team Madinatul Asrar Investigasi Supernatural & Team Madinatul Asrar Ruqyah Syar’iyyah mampu mengendalikan diri kami sebagai satu pasukan secara profesional.

PERALATAN KAMI(TEKNOLOGI SAINTIFIK DAN TERKINI)

Kami melengkapi Team Madinatul Asrar Investigasi Supernatural dengan pelbagai peralatan Moden & Saintifik untuk digunakan pada aktiviti penyiasatan kami. Kelengkapan alatan Investigasi Supernatural/Paranormal di bawah adalah secara peribadi dimiliki oleh Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D yang merupakan Ketua / Pemimpin Team Madinatul Asrar Investigasi Supernatural & Ruqyah Syar’iyyah yang dimana kebanyakan Alatan Penyiasatan ini diperolehi Beliau dari Luar Negara dan sering disediakan untuk kegunaan ahli-ahli pasukan dalam aktiviti penyiasatan supernatural.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s