Month: May 2013

APAKAH BENAR HANTU ADA?KENAPA SAYA TIDAK DAPAT MELIHATNYA?

APAKAH BENAR HANTU ADA?KENAPA SAYA TIDAK DAPAT MELIHATNYA?

foto genieFoto Sekadar Hiasan

Manusia hanya dapat melihat kerana adanya cahaya, apabila tidak ada cahaya manusiapun tidak dapat melihat. contoh pada malam hari, mati lampu tidak ada sumber cahaya sama sekali, tentu kita tidak akan dapat melihat apa-apa, rasanya seperti dengan kita waktu memejamkan mata.

– Frekuensi cahaya yang dapat dilihat oleh manusia adalah antara 400 nm sampai dengan 700 nm.

– Di bawah ataupun di atas frekuensi tersebut kita sudah tidak dapat melihatnya. Frekuensi di bawah 400 nm di sebut cahaya Infra merah dan di atas 700 nm desibut cahaya Ultraviolet. bangsa Jin dan sejenisnya berada pada Frekuensi di bawah 400 nm, sehingga kita tidak dapat melihatnya.

– Begitu pula pendengaran manusia terhadap frekuensi suara mereka bahawasanya telinga manusia memiliki keterbatasan pendengaran tergantung besar kecilnya frekuensi. Frekuensi suara yang dapat didengar manusia disebut frekuensi audio, iaitu berkisar antara 20 sampai 20.000 Hz.

– Frekuensi di bawahnya disebut Infrasonik dan frekuensi di atasnya di sebut ultrasonik. Beberapa haiwan dapat mendengar frekuensi di atas atau di bawah frekuensi audio.Kelawar menggunakan frekuensi 100.000 hz untuk navigasi terbangnya, anjing dapat mendengar hingga frekuensi 40.000hz, kucing memiliki kepekaan antara frekuensi 100 sampai 60.000hz. kuda menggunakan frekuensi infrasonik 5hz untuk berkomunikasi dengan sesama kuda. gajah dapat menangkap frekuensi dari 1-20.000hz. Frekuensi bangsa jin di luar frekuensi audio sehingga manusia juga tidak dapat mendengar mereka

Sesuatu Yang Tidak Dapat Dilihat Bukanlah Hal Tidak Masuk Akal

Di alam ini terdapat banyak sekali bahan-bahan yang ada / wujud namun tidak dapat dilihat, tidak dapat didengar mahupun diraba oleh manusia dan hal ini bukanlah hal yang aneh. Dalam ilmu fizik diketahui bahawa semua benda di alam ini terdiri dari molekul, dan semua molekul terdiri daripada elektron, proton dan neutron.

 

Elektron adalah partikel bermuatan negatif. Dan diketahui pula bahawa semua zarah penyusun molekul ini bergetar dengan kekerapan tertentu. Nah, kekerapan inilah yang menentukan sifat dari zat tersebut, termasuk apa warnanya, bagaimana wujudnya. Sedangkan di sisi lain ilmu fizik juga mengetahui jika sebuah partikel bermuatan (apakah negatif atau positif) jika bergerak atau bergetar ia akan menimbulkan gelombang elektromagnetik / medan elektromagnetik di sekitarnya.

Gelombang Elektromagnetik ini mempunyai frekuensi dan panjang gelombang. Jika frekuensinya terlalu tinggi maka tidak akan terlihat oleh mata kita. Demikian pula jika frekuensinya terlalu rendah juga tidak akan tertangkap oleh mata kita. Dalam ilmu fizik diketahui bahawa mata manusia hanya boleh menangkap gelombang elektro magnet dengan kekerapan 1014 – 1015 Hz. Di luar julat ini iaitu lebih kecil dari 1014 Hz atau lebih tinggi dari 1015 Hz, mata manusia tidak boleh menangkapnya.

Antara 101 – 105 Hz adalah gelombang radio dan televisyen, Antara 105 – 1010 Hz adalah gelombang radar, 1010 – 1014 adalah gelombang cahaya infra merah yang sering digunakan untuk remote, pembaca vcd dll. Semua ini di bawah jangkauan mata manusia. 1014 – 1015 Hz adalah sinar ultraviolet, 1015 – 1020 Hz adalah daerah sinar X sedangkan 1020 – 1025 Hz adalah daerah sinar gamma, sinar alfa dan beta. Bagaimana dengan kekerapan di atas 1025Hz? Belum ada yang tahu. Kita tahu malaikat diperbuat daripada sinar. Maka mungkin saja ia diperbuat daripada sinar yang di atas 1025 Hz.

Dari segi panjang gelombangnya, diketahui bahawa mata manusia hanya boleh menangkap gelombang elektro magnetik dalam rentang (range) antara 400 hingga 700 nm (nano meter) namun dilaporkan ada juga yang sanggup melihat dalam rentang panjang gelombang antara 380 sampai 780 nm. Jika dinyatakan dalam satu angstrom maka rentang gelombang yang nampak oleh mata manusia adalah antara 4,000 Angstrom (warna ungu) hingga 8,000 Angstrom (warna merah).

Sinar gamma, Sinar beta, sinar alfa, sinar X (rontgen) sinar ultraviolet adalah sinar frekuensi tinggi di atas daya tangkap mata manusia. Sedangkan sinar inframerah, gelombang mikro (radar dan TV) dan gelombang radio adalah gelombang elektromagnetik yang mempunyai frekuensi rendah di bawah jangkauan mata manusia.

Banyak binatang diketahui mempunyai penglihatan lebih dari manusia. Misalnya lebah, burung dan serangga boleh melihat sinar ultraviolet (300-400nm)

Demikian pula dengan pendengaran. Sebahagian besar orang dapat mengesan suara pada julat frekuensi 20 Hz hingga 20 KHz (20.000 Hz), tetapi batas bawah dan had atas tersebut dipengaruhi faktor kesihatan dan usia. Di atas 20.000 Hz disebut gelombang suara ultrasonic dan di bawah 20 Hz disebut gelombang suara Infrasonic.

Kesimpulan

Jin dapat dilihat jika diri jin itu sendiri menghendaki untuk boleh dilihat. Namun hal ini hal yang sukar kerana mengubah zarah asli dirinya sebagai yang ghaib menjadi rentang gelombang yang terlihat diperlukan tenaga. Banyak partikel di alam ini yang tidak kelihatan kerana bergetar dengan frekuensi di luar jangkauan indera manusia. Untuk mengubahnya menjadi terlihat ia harus menurunkan tenaga, menyejukkan dirinya sedemikian rupa sehingga partikelnya bergetar lebih lambat. Hal ini boleh mengancam nyawa si Jin itu sendiri.

Apa yang diisyaratkan dalam Al-Quran dan Hadis bahawa jin diperbuat daripada inti api, maka api adalah termasuk wujud gas. Api itu sendiri bukan jenis dzat, melainkan adalah wujud dari reaksi dzat dengan dzat lain (diantaranya oksigen). Yang jelas zarah berwujud gas bergetar lebih cepat berbanding dengan wujud cair atau padat.

Maka wujud penampakan jin yang selama ini kelihatan entah itu berwujud binatang, manusia, hal-hal aneh, asap, cahaya dan lain-lain tak ada yang tahu pasti apakah itu wujud asli Jin ataukah itu adalah wujud penyerupaan / penjelmaan saja. Kerana jin sebagai wujud gas adalah tanpa bentuk dan boleh menyerupai apa saja.

Wallahua’lam

RAWATAN LIMAU???

Mengapa dalam Rawatan Kami Menggunakan Limau?

 limau nipis

Anda pernah berubat di mana-mana pusat rawatan Islam? Kalau pernah mungkin anda juga pernah disuruh untuk melakukan mandi limau selepas proses rawatan dijalankan. Tahukah anda mengapa anda disuruh melakukan mandi limau? Apakah khasiatnya?

 

Mengapa Menggunakan Limau?

Selain kita manusia yang menghuni di alam ini, ada segolongan lagi makhluk yang seperti kita di mana mereka juga diberati oleh Allah dengan hukum syarak, iaitu golongan jin. Jin adalah sejenis makhluk yang berjisim halus, tidak seperti kita yang berjisim kasar.

Atas sebab kejadian inilah kita tidak dapat melihat jisim mereka dengan penglihatan mata kasar. Namun disebabkan oleh golongan jin juga mempunyai akal dan perasaan, maka mereka juga diwajibkan oleh Allah untuk melakukan tuntutan ibadah sebagaimana yang diwajibkan, sama seperti kita.

Oleh kerana itu maka jin ada juga yang soleh, mukmin, bertaqwa, fasik, munafik dan kafir. Oleh kerana jin berjisim, maka tubuh mereka juga akan memberikan tindakbalas apabila terkena jisim yang lain. Maka tubuh jin juga akan memberikan tindakbalas apabila dimandikan dengan air perahan limau, sama seperti tubuh kita apabila dimandikan dengan air perahan limau dalam kuantiti yang banyak.

Tahukah anda bahawa sesuatu itu akan mengalami hakisan apabila direndam dalam cecair yang mengandungi kepekatan asid yang tinggi. Maka begitulah yang akan terjadi pada tubuh jin apabila dikenakan dengan air perahan limau. Tubuh jin akan terhakis atau hancur walaupun dengan air perahan limau dalam kuantiti yang sedikit kerana tubuhnya berjisim halus.

Maka penggunaan air perahan limau dalam merawat gangguan jin adalah satu kaedah  ampuh yang dapat memudharatkan tubuh jin sehingga jin juga terpaksa mengalami rasa sakit yang tidak terhingga. Bagi pesakit yang mengalami gangguan jin, apabila dimandikan dengan air perahan limau in sha Allah jin yang berada di dalam badannya akan keluar meninggalkan tubuh pesakit.

Bagi mereka yang belum pernah mencuba rawatan di tempat saya iaitu di PUSAT RAWATAN ISLAM MADINATUL ASRAR(PRIMA), sedikit penerangan tentang prosuder rawatan yang dilakukan.

1) Pesakit akan dirawatan dengan kaedah scan, iaitu dibacakan ayat-ayat ruqyah sambil perawat meletakkan tangan di atas kepala pesakit.

2) Selepas selesai sesi rawatan tersebut, limau yang dibawa oleh pesakit akan dibacakan juga dengan ayat-ayat ruqyah padanya bagi menambahkan lagi kemujarabannya. Kemudian pesakit akan diterangkan cara-cara melakukan mandi limau dan mandian tersebut akan dilakukan sendiri oleh pesakit di rumah.

3) Tempoh mandi akan dilakukan selama 7 hari berturut-turut dan selepas itu pesakit akan datang semula untuk sesi rawatan ulangan. Alhamdulillah setakat ini ramai pesakit berjaya disembuhkan dengan kaedah ini melalui izin dari Allah.

Semoga dengan sedikit penerangan ini anda akan lebih memahami mengapa kaedah mandi limau digunakan dalam rawatan cara Islam dalam menangani gangguan dari jin.

TEMPAT YANG DISUKAI MASYARAKAT JIN

Tempat-tempat yang disukai oleh masyarakat jin

???????????????????????????????? 

Foto Sekadar Hiasan

Rasulullah S.A.W. pernah memberitahu bahawa tempat yang paling disukai para jin adalah laut, bilik mandi, tempat yang kotor atau sampah dan sebagainya. Tandas adalah salah satu tempat di muka bumi ini yang paling digemari oleh jin, oleh sebab itu Rasulullah S.A.W.  memerintahkan umatnya supaya memohon perlindungan kepada Allah dari jin, dengan membaca, “allahumma inni a’udzu bika minal khubutsi wal khaba’its” (ya, Allah,aku memohon perlindungan dari gangguan jin lelaki dan jin wanita). 

 

Rasullullah S.A.W.  telah bersabda: “Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah dia mengucapkan doa: ”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan” (Hadith Riwayat Abu Dawud)

 

Para ulama’ Islam juga banyak berpendapat tentang tempat yang paling di sukai oleh jin, seperti: Quraish Shibab menjelaskan bahawa padang pasir, pergunungan, pasar dan atap rumah juga di sebut-sebut dalam banyak riyawat tempat yang paling disukai jin. Menurut Syekh Abdul Mu’nim Ibrahim, tempat hidupnya jin adalah tempat yang sepi, tetapi ada pula beberapa jin yang hidup di pulau-pulau tengah laut, padang pasir, tempat sampah atau tempat yang rosak dan di antara mereka ada juga yang hidup bersama manusia.

 

Dari ibnu jabir r.a mengatakan, Rasulullah S.A.W.  pernah bersabda, “pada awal malam atau pada awal kalian memasuki waktu petang, lindungi anak-anak kalian kerana syaitan masuk pada waktu itu. Apabila awal malam telah berlalu, biarkan mereka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak mampu terhadap pintu yang tertutup (jika di sebut dengan nama Allah ketika di tutup).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

 

Bangsa jin itu memang suka tinggal di dalam gua, laut, bukit, gunung dan hutan, atau tempat-tempat terpencil lainnya. Namun jangan terkejut, mereka juga boleh tinggal serumah dengan anda.  Berikut adalah beberapa riwayat yang menjelaskan mengenai tempat tinggal jin. Tentu saja agar kita tidak mengganggu mereka dan mereka pun tidak mengganggu kita.

 

1 – Abu Muhammad di dalam kitabnya Al-Uzmah menceritakan satu bab khusus tentang jin dan kejadiannya. Beliau meriwayatkan satu hadist yang bersumber dari Bilal bin Al-Haris. Demikian Bilal meriwayatkan:

 

“Kami pernah pergi bersama Rasulullah S.A.W.  dan beristirehat di suatu tempat untuk buang air. Lalu aku (Bilal bin Al-Haris) membawakan satu baldi air dan ku letakkan berdekatannya. Tiba-tiba aku mendengar suara gemuruh, iaitu suara pertempuran yang belum pernah ku dengar sebelumnya. Demikian pula bahasa yang mereka pergunakan. Setelah Rasulullah S.A.W.  mengetahui kalau aku pun mendengar apa yang baginda dengar, maka sabdanya, “Jin Muslim dan Jin Musyrik sedang bertempur. Mereka bermohon kepadaku untuk mendamaikan mereka. Maka jin yang Muslim saya tempatkan di kawasan yang bernama Jalis, dan jin yang Musyrik saya tempatkan di kawasan yang bernama Ghour.”

 

Apakah Jalis dan Ghour itu?  Ibnu Katsir menjelaskan bahawa Jalis adalah suatu tempat yang terletak di kawasan pergunungan, sedang Ghour adalah tempat antara gunung dan lautan. Ibnu Katsir seterusnya berkata, orang yang diganggu jin di Jalis kebanyakannya selamat, sedangkan yang diganggu jin di Ghour jarang sekali yang selamat.

 

2 – Imam Za Maksyari di dalam kitabnya Rabiul Abrar menjelaskan, bahawa masyarakat di sebuah dusun bercerita kepadanya, “Kami pernah singgah di suatu kawasan di mana terdapat ramai orang dan ada beberapa khemah. Tetapi tiba-tiba orang ramai dan khemah-khemah tersebut hilang dari pandangan kami. Kami merasa yakin bahawa orang-orang itu adalah jin, sedangkan khemah-khemah itu adalah tempat tinggal mereka.”

 

Beliau kemudian menegaskan, “Tidak ada satu keluarga Muslim, kecuali pada atap rumahnya terdapat jin yang Muslim pula. Bila keluarga Muslim itu telah menyiapkan makanan pagi, jin itu pun turun dan ikut makan bersama, dan bila mereka makan petang, jin itu turun dan makan petang bersama mereka. Dengan jin itu Allah Ta’ala menjaga keluarga yang Allah berkenan kepadanya.”

 

Dengan demikian jelas bahawa adakalanya jin itu dapat dilihat oleh manusia. Ini terjadi kerana seseorang memiliki ilmu ghaib, atau kerana jin-jin itu yang memang menyamar sebagai manusia.

 

3. Imam Malik dalam kitab Al-Muwattha’ meriwayatkan, bahawa ada sebuah berita yang sampai kepadanya, iaitu ketika Umar bin Khattab r.a hendak pergi ke Iraq. Ketika itu Ka’bul Akhbar berseru kepada Umar, “Wahai Amirul Mukminin, janganlah engkau pergi ke sana, sebab di Iraq terdapat banyak sihir dan banyak jin-jin yang jahat dan fasik, serta penyakit yang sukar diubati.”

 

Kerajaan-kerajaan jin di atas air dan lautan

 

Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat). Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.

 

Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.

 

Dalam hadis Jabir r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan (dalam riwayat lain di atar air) dan kemudian dia pun mengutus pasukannya.” (Hadith Riwayat Muslim (2813))

 

Perkuburan

Para jin juga ada yang suka tinggal di perkuburan. Ketahuilah, kebiasaan hantu-hantu yang dijumpai di kawasan kubur adalah jin-jin yang menyamar, bukannya roh ahli-ahli kubur tersebut. Mungkin jin-jin yang menyamar itu mahu memberi kepercayaan karut kepada manusia bahawa roh manusia berkeliaran di kubur.

 

Telah datang dari hadis Abu Said Al Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: “Permukaan bumi itu semuanya masjid (boleh dijadikan tempat untuk bersolat) kecuali perkuburan dan bilik mandi.” (Hadith Riwayat Ahmad (3/83), Abu Daud (492), Tirmidzi (317), Ibnu Hibban (1699), Al Hakim (1/251))

 

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah sebagaimana yang disebutkan di dalam “Majmu Fatawa” (19/41) ketika berbicara tentang tempat-tempat jin: “Pada perkuburan itu terdapat sarana menuju kesyirikan …. Para syaitan menuntut orang yang hendak menjadi tukang sihir untuk selalu tinggal di perkuburan. Dan di sanalah para syaitan turun mendatanginya dan tukang sihir itu berulang-alik ke tempat ini. Para syaitan menuntutnya untuk memakan sebahagian orang-orang mati.”

 

Tempat istirehat unta

 

Dari Abdullah bin Mughaffal r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w: “Solatlah kalian di tempat peristirehatan (kandang) kambing dan janganlah kalian solat di tempat peristirehatan (kandang) unta kerana sesungguhnya unta itu diciptakan dari syaitan.” [Hadith Riwayat Ahmad (4/85), Ibnu Majah (769) dan Ibnu Hibban (5657) dan selainnya)]

 

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah sebagaimana yang disebutkan di dalam “Majmu Fatawa” (19/41) ketika menjelaskan tentang penyebab dilarangnya solat di tempat peristirehatan unta. Penyebab (dilarangnya solat) di bilik mandi, tempat peristirehatan unta dan yang seumpamanya adalah kerana itu adalah tempat-tempat para syaitan.

 

Tempat pembuangan sampah dan kotoran

 

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah dalam “Majmu Fatawa” (19/41): “(Para syaitan) ditemukan di tempat-tempat bernajis seperti kamar mandi dan tandas, tempat sampah, kotoran serta perkuburan.”

 

Tempat yang telah rosak dan diabaikan

 

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam “Al Adab Al Mufrad” (579) dari Tsauban r.a. berkata: Rasulullah s.a.w berkata kepadaku: “Janganlah kamu tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman kerana tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman itu seperti tinggal di perkuburan.”

 

Hadis ini hasan. Berkata lebih dari satu ulama bahawa Al Kufuur adalah tempat yang jauh dari pemukiman manusia dan hampir tidak ada seorang pun yang lalu di situ. Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah sebagaimana yang disebutkan dalam “Majmu Fatawa” (19/40-41) ketika berbicara tentang jin: “Oleh kerana itu, (para syaitan) banyak ditemui di tempat yang telah rosak dan kosong.”

 

Di dalam lubang-lubang

 

Telah datang hadis Ibnu Sarjis r.a. dia berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah salah seorang di antara kalian kencing di lubang…”

 

Mereka berkata kepada Qatadah: “Apa yang menyebabkan dibencinya kencing di lubang?” Dia berkata: “Disebutkan bahawa itu adalah tempat tinggalnya jin”. Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad (5/82), Abu Daud (29), An-Nasai (34), Al-Hakim (1/186) dan Al-Baihaqi (1/99). Lebih dari satu ulama yang membenarkan bahawa Qatadah mendengar dari Abdullah bin Sarjis r.a. (Lihat kitab “Jami’ At Tahshiil.)

 

Tempat-tempat berlaku syirik, bid’ah dan maksiat

 

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.” [Hadith Riwayat Bukhari (3226) dan Muslim (2106) dari hadis Abu Thalhah dan Aisyah Radhiyallahu ‘anhuma dan datang pula dari para sahabat yang lain).

 

Jika malaikat tidak masuk ke dalam rumah, maka syaitanlah yang masuk kerana malaikat adalah tentera-tentera Allah s.w.t yang diutus untuk menjaga kaum mukminin dan menolak kemudharatan dari mereka. Termasuk kebodohan adalah jika seorang muslim mengusir malaikat dari rumahnya yang menyebabkan masuknya jin dan syaitan ke dalamnya. Maka makmurkanlah rumah itu dengan zikir kepada Allah s.w.t, ibadah serta membaca Al-Quran.

 

Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian sebagai perkuburan kerana sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah.” (Hadith Riwayat Muslim (780), Ahmad (2/337), Tirmidzi (2877) dan selainnya).

 

Pasar-pasar

 

Telah datang dari Salman r.a., berkata: “Janganlah engkau menjadi orang pertama yang masuk ke pasar jika engkau mampu dan jangan pula menjadi orang paling terakhir yang keluar darinya kerana pasar itu adalah tempat peperangan para syaitan dan di sanalah ditancapkan benderanya.” (Hadith Riwayat Muslim (2451))

 

Di pasar atau bandar lah tempat syaitan cuba menghasut dan mengadu-domba manusia agar berbuat kejahatan dan segala macam maksiat. 

 

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: “Tempat yang paling disukai oleh Allah adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar.” (Hadith Riwayat Muslim (671))

 

Maka untuk kita lebih disukai oleh Allah, hendaklah kita lebih suka pergi ke masjid daripada pergi ke pasar ataupun bandar. Jika terpaksa pergi ke bandar untuk membeli-belah pun, sebaik-baiknya cuba larikan diri seberapa segera yang mungkin, dan tidak terus duduk lepak-lepak di bandar kerana ianya sangat disukai oleh Syaitan.

 

Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?

 

Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api. Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.  Wallahu a’lam.

APA MAKNA GHAIB?

APA MAKNA GHAIB?

Apakah Erti Ghaib Secara Etimologi / Lughawiy?

Secara tata bahasa (lughawiy) kata ghoib, menurut lisaanul arab berasal dari kata ghoba(tidak nampak, tidak hadir) kebalikan dari kata hadhoro atau dhoharo (hadir atau nampak). Dalam kamus Lisanul Arab disebutkan bahawa “wal ghaib: kullu ma ghaaba ‘anka”, ertinya “ghaib itu adalah sesuatu yang absen / diluar jangkauan Anda”. Maka segala perkara yang ditetapkan bahawa manusia memang tidak mampu menjangkaunya, adalah termasuk perkara yang ghaib.

Secara tata bahasa juga erti ghaib adalah tidak terlihat sebagaimana perkataan “bil ghaib” dalam ayat :

Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihatNya (Q.S. Al Faathir [35] : 18) Perkataan “yakhsyauna robbahum bil ghoib ertinya adalah takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihatNya. Maka istilah ghaib di sini adalah tidak melihatNya

الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَهُم مِّنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ

Iaitu orang yang takut akan adzab Tuhannya walaupun mereka tidak melihatNya (QS. 21:49)

 Ghaib juga berarti ada, tapi tidak diketahui kecuali Allah saja seperti pada (QS. 27:65)

قُل لاَّيَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ الْغَيْبَ إِلاَّ اللهُ

Perkataan “ghoib” pada ayat di atas, diapit sebelumnya dengan kata “laa ya’lamu” dan berikutnya dengan kata “illa Allah”.

Apakah Erti Ghaib Secara Istilah / Maknawiy ?

Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka (Q.S. Al-Baqarah : 2-3)

Menjelaskan ayat di atas tafsir Jalalain mengatakan yang dimaksud dengan hal ghaib dalam ayat itu adalah masalah hari kiamat, syurga dan neraka.

Dia adalah Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. (Q.S. Al-Jin : 26)

Apakah dia mempunyai pengetahuan tentang yang ghaib, sehingga dia mengetahui (apa yang dikatakan)? (Q.S. An-Najm [53] : 35)

Katakanlah: “Wahai Allah, Pencipta langit dan bumi, Yang mengetahui barang ghaib dan yang nyata, Engkaulah Yang memutuskan antara hamba-hamba-Mu tentang apa yang selalu mereka memperselisihkannya (Q.S. Az-Zumar [39] : 46)

Menurut Jalalluddin Asy Suyuthi yang dimaksud dengan hal ghaib yang hanya Allah saja yang mengetahui itu meliputi 5 hal iaitu : Kiamat, Hujan (cuaca), Keadaan Janin Dalam Rahim, Rezeki, Dan Kematian. Hal ini berdasarkan firman Allah sbb :

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati” (Q.S. Luqman [31] : 34)

Diperkuat lagi dengan ayat lainnya bahwa di antara hal ghaib adalah masalah kematian, bila manusia mati, dan bagaimana manusia mati, di belahan bumi mana manusia mati.

Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan. (Q.S. Saba [34] : 14)

Diperkuat lagi dengan ayat lainnya bahawa di antara hal ghaib adalah masalah kiamat,

Dan orang-orang yang kafir berkata: “Hari berbangkit itu tidak akan datang kepada kami.” Katakanlah: “Pasti datang, demi Tuhanku Yang Mengetahui yang ghaib, sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu (Q.S. Saba [34] : 3)

Seorang ulama Syiria, Sa’id Hawwa berkata dalam kitab tafsirnya, bahawa setan adalah salah satu zat yang ghaib, kita beriman kepadanya (percaya akan adanya setan). Kita juga beriman kepada semua yang ghaib yang diberitahukan melalui teks-teks agama kepada kita. Kita memperlakukan hal-hal yang ghaib sesuai tuntunan firman Allah dan hadits Rasul. (Al Asas fii Tafsir Jilid I)

Menafsirkan Q.S. 2 : 3-5, Sa’id Hawwa mengatakan : “ghaib” ialah segala yang tidak kelihatan bagi manusia” Apa saja yang termasuk masalah ghaib iaitu apa saja yang disampaikan oleh Nabi SAW baik yang berkaitan dengan masalah hari berbangkit, hisab (perhitungan di akhirat) mahupun berhubungan dengan masalah penciptaan, pahala dalam sholat sebagaimana kelanjutan ayat wa yuqiimuna sholah, dan masalah rezeki sebagaimana dalam kelanjutan ayat wa mimma razaqna hum yunfiquun, kemudian beriman pada kitab kitab sebagaimana ayat walladziina yu’minuuna bimaa unzila ilaika (beriman pada yang diturunkan kepadamu yaitu kitab-kitab para Nabi), serta percaya pada hari akhirat sebagaimana kelanjutan ayat wa bil aakhiroti hum yuuqinuun” (Lihat Al Asas fii Tafsir Jilid I)

Kesimpulannya : Tidak benar jika yang dimaksud hal ghaib di sini adalah hanya masalah Allah saja. Kerana masalah lainnya iaitu hal ihwal hari kiamat, syurga neraka, pahala dan dosa, makhluk-makhluk Allah yang tidak nampak (iaitu jin dan malaikat), hujan (cuaca), kondisi janin dalam rahim, nasib manusia, takdir, rezeki, jodoh dan kematian termasuk masalah ghaib.

APA ITU MAKHLUK GHAIB?

Apa Itu Makhluk Ghaib?

 400792827_640

Foto Sekadar Hiasan

Secara bahasa, makhluk ghaib adalah segala makhluk yang tidak dapat kita lihat dengan pancaindera kita, dengan mata kita. Secara syariat, yang dimaksud ghaib itu adalah sesuatu yang ada di dalam Al Quran, maupun hadis, tetapi kita sebagai manusia tidak dapat melihatnya. Di antara yang ghaib adalah syurga, neraka, azab kubur, hari kiamat dan termasuk jin. Untuk itu, kita harus percaya dan mengimani, walaupun kita tidak pernah melihat keberadaan makhluk itu.

           

Adapun pontianak, pocong, hantu bungkus dan sebagainya adalah wujud dari syaitan, sekiranya memang benar itu ada. Ini tidak bererti Allah menciptakan pontianak, pocong, atau hantu bungkus, tetapi semua itu hanyalah jelmaan yang wujud dan nampak kepada manusia kerana kerja-kerja syaitan.

 

Bagaimana Dengan Orang Yang Mengaku Melihat Bayangan Jin?

 

Sebagai seorang mukmin, ketika berbicara tentang keghaiban terutama yang berkaitan dengan kehidupan jin ini, kita tidak dapat memberi pernyataan kecuali perkara itu sememangnya dijelaskan dalam Al Quran dan hadis. Dalam Surah Al-A’Raf ayat 27 dijelaskan bahawa kita tidak dapat melihat jin, sementara mereka dapat melihat kita. Itulah situasi normalnya.

 

    

“Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya `auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.”

 

Namun, jin diberi keistimewaan oleh Allah untuk dapat menampakkan diri untuk menyerupai apapun, kecuali menyerupai diri Rasulullah. Sekali lagi, ini bukan bererti seseorang itu mampu melihat hakikat jin, tetapi jin itulah yang akan menampakkan diri. Perkara ini pernah terjadi pada zaman Rasullullah. Tetapi kalau mereka berada dalam wujud aslinya, kita sebagai manusia tidak dapat melihat mereka.

 

Dalam hadis Riwayat Imam Muslim dijelaskan bahawa sewaktu Rasullullah solat, Ifrit dari golongan jin juga menampakkan diri, menganggu sholat Rasulullah, kemudian ditangkap oleh Rasullullah. Begitu juga dengan Abu Hurairah ketika sedang menjaga harta zakat fitrah melihat jin yang menampakkan diri dan mencuri harta zakat itu. Jin itupun dapat ditangkap oleh Abu Hurairah. Persoalannya, yang kita lihat di televisyen atau media elektronik, penggambaran tentang nampaknya zahir jin ini adalah tidak sesuai dengan syariat Islam. Misalnya ketika ada jin yang menampakkan diri mereka kepada manusia, walaupun mungkin itu rekaan sahaja atau mungkin juga benar, dan ketika dilawan seolah-olah jin itu tidak tersentuh.

           

Ketika jin itu dilempar dengan sesuatu seperti melempar pada ruang kosong udara. Sedangkan sebagaimana yang diriwayatkan dalam salah satu hadis ada seorang pemuda yang bertemu ular, yang mana ianya adalah wujud zahir dari jin tersebut. Kemudian ular itu dibunuh maka jin itu pun mati. Dari sini kita mengambil kesimpulan, ketika jin menampakkan diri misalnya sebagai manusia, maka berlakulah hukum manusia. Sekiranya ditembak ia akan mati dan sekiranya kita lemparkan dengan batu ianya pasti kena dan tidak hanya tembus, seperti yang digambarkan di media selama ini.

           

Menurut Imam Mutawali Sya’rowi, jin yang tengah menampakkan diri, berada dalam keadaan lemah, ibarat ikan yang keluar dari air. Saat jin menampakkan diri, ia tengah keluar dari komuniti aslinya yang tidak dapat dilihat, maka keadaannya lemah sekali. Kerana itu mereka juga tidak akan menampakkan dirinya terus menerus atau dalam waktu yang lama, dan apabila ketika itu ada yang membunuhnya, sudah tentu dia akan mati.

 

 

Alasan Jin Menampakkan Diri

 

            Dari kes-kes yang pernah dihadapi oleh peruqyah terhadap pesakit-pesakit yang menceritakan tentang pengalaman mereka, kita dapat simpulkan bahawa jin yang menampakkan diri memang mempunyai misi utama iaitu untuk menyesatkan kita. Sering kali juga kita dengar, apabila ada orang yang meninggal secara tidak normal, hampir selalu akan ada jelmaan hantu dan sebagainya, kononnya dikatakan rohnya pulang atau menziarahi keluarganya. Padahal itu adalah penampakan yang dilakukan oleh syaitan. Bila kes seperti ini terjadi, pihak keluarga si mati mungkin melakukan suatu bentuk ritual pemujaan yang menyimpang, datang ke kubur si mati tadi dan memintanya supaya tidak mengganggu keluarganya. Inilah misi jin atau syaitan iaitu berusaha agar manusia mengambil tindakan yang salah dalam menghadapi fenomena wujudnya jin tadi dalam bentuk nyata.

           

Sebenarnya ada beberapa kemungkinan seseorang itu boleh melihat jin. Pertama, orang yang mengaku itu berbohong dan sekadar ingin mencari ‘glamour’ sahaja, sedangkan sesungguhnya dia tidak melihat. Kedua, orang tersebut tengah berada dalam keadaan lemah, dalam erti kata ketaatan dan imannya sedang berkurang. Jadi jin ingin mempermainkan dia dengan penampakan atau wujud dalam bentuk seseorang seperti malaikat, wali, orang saleh dan sebagainya agar orang yang tengah lemah iman ini salah dalam menentukan tindakannya.

 

Ketiga, yang dilihat itu sesungguhnya sekadar halusinasi saja atau orang tersebut penuh dengan imaginasi ciptaannya sendiri. Orang yang jiwanya tidak stabil, mudah melihat sesuatu tidak seperti hakikatnya. Ketika melihat daun bergoyang sahaja dia menganggap ada orang melambai-lambai. Keempat, orang tersebut memang mempunyai ilmu sihir, yang bererti dia memang berkerjasama dengan syaitan, dengan ritual-ritual yang menyimpang dari syariat Islam, hingga dapat berkomunikasi atau melihat syaitan.

           

Ramai dari orang yang mengaku mampu melihat jin itu membawa simbol-simbol Islam seperti memakai serban, membaca ayat-ayat Al Quran dan lain-lain. Inilah yang sangat kita kesalkan. Masyarakat masih sering tertipu dengan penampilan seseorang sehingga mereka tidak mengkaji samada tindakan yang dilakukan sesuai dengan syariah atau tidak. Untuk menilai kesahihan kelakukan mereka itu, kita hendaklah melihat apakah tindakan yang dilakukannya itu menurut tuntunan daripada Al Quran dan hadis atau tidak.

           

Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari dengan sederhana sekali menjelaskan kepada kita langkah-langkah untuk mengusir syaitan dari rumah, iaitu dengan membaca surat Al Baqarah dari awal sampai akhir. Jadi, tidak ada istilah jin itu dikejar, kemudian ditangkap dan dimasukkan ke botol. Jadi, itu semua adalah cara-cara perdukunan, meskipun yang melakukan itu berperwatakan seperti seorang ustaz.

 

Kekeliruan Media Elektronik Dalam  Memvisualisasikan Jin

 

Rancangan yang melibatkan jin dalam kehidupan manusia terutamanya di televisyen semakin marak. Bentukpun bermacam ragam. Ada yang berupa filem, drama, reality show, infotainment dan kartun untuk anak–anak. Mereka berusaha untuk menvisualisasikan keberadaan jin dan syaitan dengan cara mereka sendiri, berdasarkan pemikiran dan pemahaman yang ada atau berdasarkan cerita rakyat yang tersebar dari mulut ke mulut yang kebenarannya masih harus dipersoalkan. Cuba kita perhatikan beberapa kekeliruan-kekeliruan yang ditimbulkan oleh mereka tentang jin atau syaitan yang telah diciptakan oleh Allah sebagai makhluk ghaib ini.

 

Kekeliruan yang dimaksudkan di sini adalah penggambaran jatidiri jin yang tidak sesuai dengan syariat Islam atau yang menyimpang darinya. Sudut pandang kita adalah syariat Islam, bukan seni lakon, teknik mengambil gambar, mitos yang berkembang, budaya yang ada atau presepsi masyarakat. Walaupun tayangan-tayangan tersebut disajikan dalam bentuk hiburan dan tontonan Di antara kekeliruan televisyen dalam memaparkan kehidupan jin adalah:

 

  1. Setiap orang yang mati secara tidak normal rohnya pasti akan berterbangan

 

Yang harus kita ditegaskan di sini adalah bahawa syariat Islam tidak mengenal istilah arwah berterbangan. Ini kerana roh orang yang baik atau jahat ketika dicabut dari jasadnya, kedua-duanya telah kembali ke tempat yang telah disediakan Allah. Roh orang-orang yang shalih telah disediakan di tempat yang terpisah dari roh orang-orang kafir. Sebagaimana yang termaktub dalam kita shahih muslim 4/2202 no 2872 dalam hadis tentang tempat kembalinya roh orang mukmim dan kafir. Disebutkan nama tempat kembali keduanya sama iaitu akhirul ajal. Tetapi qodhi iyadh menjelaskan bahawa kedua kata itu berbeza erti. Roh mukmin akan kembali ke Al Malaul a’la atau Illiyyin (tempat yang paling atas) atau roh kafir kembali ke sijjin (tempat yang paling bawah). Pernyataan beliau didukung oleh hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi dari Abu Said Al-Khudri yang jelas menyebut sijjin sebagai tempat kembali roh kafir.

 

Jadi tidak ada roh berterbangan dalam kajian Islam. Kalau begitu, siapa yang menampakkan diri dan menyerupai orang yang telah meninggal dunia? Penampakan itu ada kerana halusinasi orang yang melihat atau memang benar-benar penampakan yang dilakukan oleh jin. Adapun halusinasi tidak masuk dalam pembahasan kita kerana kita hanya membahas penampakan jin. Memang jin mampu mengubah dirinya dalam bentuk yang dikehendaki oleh Allah sesuai dengan izin-Nya, tetapi jin tidak dapat menyerupai peribadi Rasulullah Muhammad s.a.w. “Syaitan tidak akan dapat menyerupaiku,” begitulah Rasulullah Muhammad s.a.w menegaskannya dalam hadis riwayat imam Bukhari dan imam Muslim.

 

Jadi kalau ada penampakan seperti orang yang telah meninggal, itu bukan roh orang meninggal tadi. Tapi itu adalah perbuatan syaitan untuk menyesatkan manusia. Dan jelas misi mereka telah berhasil, kerana ramai masyarakat yang termakan oleh persepsi dan pandangan yang salah tersebut. Buktinya filem tentang arwah yang berterbangan diyakini sebagai roh manusia. Kalau penampakan itu serupa dengan orang yang telah meninggal, begitu juga dengan tindakan dan tutur katanya juga sama, biasanya ia dilakukan oleh jin qarin. Jin qarin adalah jin pendamping yang mendampingi seseorang semenjak dilahirkan, sehingga ia sangat mengetahui kebiasaan dan tabiat dari manusia yang didampinginya.

Rasulullah Muhammad S.A.W bersabda, “Tidaklah seorang pun di antara kalian kecuali disertakan untuknya qarin dari jin dan qarin dari malaikat.” (HR Muslim dan Ahmad dari Ibnu Mas’ud)

 

  1. Roh yang berterbangan dapat menampakkan diri.

Roh adalah suatu yang ringan dan lembut yang bergerak dan mengalir dalam tubuh, sebagaimana air mengalir dalam tumbuhan atau api di dalam sekam. Setiap jasad yang ada rohnya masing-masing akan bertanggungjawab atas perbuatannya selama di dunia. Rasulullah Muhammad s.a.w bersabda,

 

Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan di dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nutflah, kemudian menjadi ‘alaqah selama itu juga, kemudian menjadi mudhghah selama itu juga. Kemudian diutuslah malaikat untuk meniupkan rohnya.” (HR Bukhari dan Muslim)

 

Roh yang ditiupkan ke dalam jasad adalah salah satu dari permasalahan ghaib yang hakikatnya hanya diketahui oleh Allah. Oleh itu ketika Rasulullah Muhammad s.a.w ditanya tentang roh, Allah memberinya jawaban;

 

 

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.” (QS. Al-Isra: 85)

 

Tidak ada satu ayat pun atau hadis yang menjelaskan bahawa roh yang telah keluar dari jasadnya, dapat berubah wujud menjadi jasad yang ditinggalkannya, apalagi merasuki jasad orang lain. Yang dapat berubah wujud atau menyerupai seseorang adalah jin.

 

  1. Jin yang menampakkan diri tidak dapat disakiti.

 

Seringkali kita lihat dalam televisyen yang menceritakan suasana ketakutan yang dialami oleh seseorang ketika syaitan datang menampakkan dirinya. Di dalam keadaan serba takut, orang tersebut berusaha melawan, menembak dengan senjata api, menikamnya dengan senjata tajam atau melemparnya dengan benda-benda di sekitarnya. Akan tetapi usaha tersebut hanya sia-sia belaka, malah hantu tersebut ketawa dan dengan sombongnya memperlekehkan orang tersebut. Tidak ada satupun senjata yang dapat melukainya. Semuanya hanya tembus begitu saja seperti melempar ruang kosong. Sehingga penonton berkeyakinan bahawa syaitan itu sangat hebat dan sakti kerana tidak dapat disakiti.

 

Maklumat ini jelas bertentangan dengan syariat Islam yang telah menceritakan bahawa syaitan yang berubah wujud dan menampakkan diri ternyata dapat disakiti bahkan dibunuh. Suatu ketika Abu Sa’id al-Khudri menceritakan bahawa ada seorang sahabat yang membunuh seekor ular dan ular itu mematuknya dan sahabat itu mati serta merta. Ketika peristiwa itu diceritakan kepada Rasulullah, beliau bersabda,

 

Sesungguhnya di Madinah ini ada jin yang telah masuk Islam. Oleh sebab itu, jika kalian melihat salah satu dari mereka, maka usirlah sampai batas waktu tiga hari. Jika stelah itu ia masih terlihat, maka bunuhlah kerana ia adalah syaitan.” (HR Muslim)

 

Aisyah berkata, “Ketika Rasulullah shalat, datanglah syaitan kepadanya. Lalu Rasulullah menangkapnya, menghempas dan mencekiknya. Rasulullah bersabda, “Sampai aku terasa akan lidahnya yang dingin di tanganku.” (HR. Nasai).

 

Dari dua riwayat di atas jelaslah bagi kita bahawa syaitan yang menampakkan diri pada alam manusia akan berlaku baginya hukum manusia, dapat disakiti atau kita bunuh sebagaimana yang telah dilakukan oleh seorang sahabat Rasulullah Muhammad s.a.w.

 

  1. Jin mengetahui hal yang ghaib

Termasuk yang sering diutarakan oleh media elektronik mengenai kehidupan jin adalah kehebatannya dalam mengetahui hal-hal ghaib. Bahkan kadang-kadang berlebihan dan dibesar-besarkan sehingga ketika ada masalah yang berkaitan dengan keghaiban, maka cara penyelesaiannya hendaklah melalui proses perdukunan seperti nasib seseorang pada masa yang akan datang, jodohnya atau kejayaan yang akan diraih. Ini kerana mereka menyakini bahawa dukunlah yang mempunyai kekuasaan atas jin, sehingga diyakini dapat menyelesaikan masalah ghaib yang mereka hadapi. Adanya program televisyen seperti ini dapat menjauhkan para penonton untuk bergantung nasib kepada Allah semata-mata. Secara umum hakikat jin ini adalah seperti manusia dalam masalah keghaiban, mereka tidak mengetahui hal-hal ghaib secara mutlak atau hakiki. Jin telah mengakui hal itu dalam Al Qur’an,

 

 

Dan sesungguhnya kami tidak mengetahui (dengan adanya penjagaan itu) apakah keburukan yang dikehendaki bagi orang yang di bumi ataukah Tuhan mereka menghendaki kebaikan bagi mereka.” (QS, al-Jin: 10)

Bahkan Allah telah menunjukkan kepada kita akan kebodohan jin terhadap perkara yang ghaib, termasuk kematian seseorang.

 

 

Maka tatkala kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia tersungkur, jin baru mengetahuinya kalau sekiranya mengetahui hal yang ghaib tentulah mereka tidak tetap dalam seksa yang menghinakan.” (QS. Saba’: 14).

      Para jin itu baru mengetahui kematian Nabi Sulaiman, setelah anai-anai memakan tongkatnya dan kemudian dia jatuh tersungkur. Inilah bukti kukuh bahawa jin tidak mengetahui hal yang ghaib, tidak seperti yang digambarkan di dalam televisyen, seakan-akan jin dapat mengetahui isi hati dan nasib manusia. Itulah persepsi yang salah dan harus diperbetulkan.

 

  1. Jin takut terhadap benda-benda yang dikeramatkan.

Itulah persepsi yang berhasil diwujudkan oleh televisyen atau media massa. Merekalah yang sering menampilkan beragam bentuk azimat yang digunakan oleh pemiliknya untuk mengusir jin. Mereka juga memberitahu kepada masyarakat bahawa dukun dan azimat yang dimilikinya itu dapat menghalau syaitan. Itulah cerita mistik dan menyesatkan yang dihembuskan oleh syaitan melalui media. Sedar atau tidak, tayangan seperti itu mengajak penontonnya untuk pergi mendapatkan rawatan ke dukun atau paranormal. Padahal Rasulullah s.a.w telah menegaskan dengan sangat jelas melalui hadis di bawah.

 

Barangsiapa yang memakai (menggantungkan) azimat maka ia telah syirik.”(HR Ahmad dan dishahihkan Al Albani)

      Yang menciptakan syaitan adalah Allah. Allah yang paling mengetahui tentang apa saja yang disukai syaitan atau yang ditakutinya. Tidak ada satupun ayat dan hadis Rasulullah yang menjelaskan bahawa syaitan takut pada azimat, isim, wafaq, rajah dan benda-benda pusaka dan yang sejenisnya. Yang dijelaskan oleh syariat Islam adalah syaitan takut terhadap bacaan ayat-ayat suci Al Qur’an atau doa-doa Rasulullah Muhammad s.a.w. Sabda Rasulullah;

 

Sesungguhnya syaitan akan pergi dan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-baqarah.” (HR Muslim).

 

Dalam hadis lain Rasullah menjelaskan;

 

Apabila kamu hendak tidur di pembaringan, bacalah ayat kursi sampai habis, kerana Allah senantiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” (HR Bukhari dari Abu Hurairah).

 

Itulah cara mengusir syaitan dan membentengi diri dari gangguan syaitan yang disyariatkan oleh Islam, bukan azimat sumber-sumber lain dari dukun.

 

6.Apakah jin boleh dilihat oleh manusia?

 

Allah S.W.T. berfirman yang ertinya, “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (Al-A’raf: 27).

 

Ayat ini difahami oleh sekian ramai ulama sebagai dalil ketidakmungkinannya manusia melihat jin. Imam Syafii menegaskan, bahawa berdasarkan ayat di atas, manusia tidak mungkin melihat jin. “Siapa yang mengaku dapat melihat jin, maka kami tolak kesaksiannya, kecuali nabi.” (Maksud ucapan ini adalah yang mengaku melihat jin dalam bentuk yang aslinya. Adapun yang mengaku melihat jin setelah berubah bentuk dengan aneka bentuk makhluk, maka kesaksiannya dapat diterima).

 

Sebahagian yang lain mengakui bahawa jin dapat dilihat oleh manusia jika jin berubah dengan bentuk makhluk yang dapat dilihat oleh manusia. Pendapat ini didukung oleh riwayat-riwayat yang menginformasikan bahawa para sahabat Nabi s.a.w., tabi’in, dan ramai ulama pernah melihat makhluk-makhluk halus, tetapi dalam bentuk manusia atau binatang.

 

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w. pernah melihat Malaikat Jibril ketika dia datang dalam bentuk manusia. Umar bin Khattab menuturkan bahawa suatu ketika datang seorang yang tidak dikenali, berpakaian sangat putih, rambut teratur rapi, tidak nampak dari penampilannya tanda-tanda bahawa dia datang dari perjalanan jauh. Orang itu bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang Islam, iman, dan ihsan. Setiap Nabi s.a.w. menjawab, dia membenarkannya. Dia juga bertanya tentang kiamat dan tanda-tandanya. Umar r.a. dan juga sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang mendengarnya kehairanan. Bagaimana seorang yang berpenampilan rapi, berpakaian bersih, yang bererti bahawa yang bersangkutan tidak datang dari tempat jauh atau dengan kata lain dia adalah penduduk setempat tetapi tidak mereka kenal? Mereka juga kehairanan mengapa setiap pertanyaannya yang dijawab oleh Nabi s.a.w., selalu yang bertanya itu sendiri yang membenarkannya. Ketika percakapan Nabi s.a.w. dan pendatang itu selesai, Nabi s.a.w. bertanya kepada para sahabatnya, “Tahukah kalian, siapa yang datang tadi?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang tahu. Nabi saw. menjelaskan, “Itulah Jibril datang mengajar kalian agama kalian.” Mendengar penjelasan Nabi s.a.w. itu, Umar r.a. bergegas keluar hendak melihatnya, tetapi dia telah menghilang.

 

Nah, jika demikian, malaikat dapat dilihat, tetapi bukan dalam bentuk aslinya. Dia dapat dilihat apabila mengambil bentuk yang memungkinkan untuk dilihat manusia.

 

 

Demikian halnya dengan jin, ia dapat dilihat bukan dalam bentuk aslinya, tetapi bila ia mengambil bentuk yang sesuai dengan potensi penglihatan manusia. Riwayat-riwayat tentang hal ini sangat banyak. Bahkan, tidak hanya ulama, orang-orang biasa yang tidak ahli agama pun banyak yang mengalami melihat jin dalam bentuk makhluk (manusia atau lainnya). Dan, di antara mereka ada yang sengaja dengan sunguh-sungguh ingin melihat jin, mereka mengamalkan amalan dari orang-orang yang dianggap ahli dalam hal itu, dan mereka ada yang berhasil mendapatinya bahwa jin dapat dilihat dalam bentuk makhluk.

 

Selain itu, ada beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menginformasikan bahawa ada binatang yang dapat melihat jin. Dalam sahih Bukhari dan Muslim, sahabat Nabi Abu Hurairah menyampaikan bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Kalau kalian mendengar suara ayam jantan berkokok, maka mohonlah kepada Allah anugerah-Nya, kerana ketika itu dia melihat malaikat, dan jika kalian mendengar teriakan keldai, maka mohonlah perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan, kerana ketika itu dia melihat syaitan.”

 

  1. Jin takut kepada sinar matahari.

Beberapa tayangan televisyen yang melibatkan jin dalam jalan cerita mereka, sering digambarkan bahawa jin atau syaitan itu takut pada sinar matahari. Digambarkan ada jin yang mendatangi seseorang dan menampakkan diri mereka. Dengan berbagai cara dia cuba menimbulkan ketakutan pada orang tersebut dengan menampakan mukanya yang hodoh dan menyeramkan, badannya dan bentuknya yang mengerikan. Dan ketika ada ayam yang berkokok menandakan fajar menyingsing dan matahari akan terbit, maka syaitan tadi pun lari ketakutan dan meninggalkan orang tersebut. Mungkin ini termasuk mitos agama dari agama Majusi yang menjadikan matahari sebagai tuhan dan mereka percaya bahawa sinar matahari pasti akan ditakuti syaitan sebagaimana kepercayaan Ratu Balqis, isteri kepada Nabi Sulaiman dan kaumnya sebelum menerima Islam seperti yang diabadikan di dalam Al Qur’an Surah An Naml ayat 24.

 

 

“Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk.”

 

 

Tapi benarkah syaitan itu takut terhadap sinar matahari? Dalam sebuah hadis Rasulullah Muhammad S.A.W. bersabda,

 

Sesungguhnya matahari terbit antara dua tanduk syaitan dan tenggelam antara dua tanduk syaitan.” (HR Bukhari dan Muslim)

 

Jadi, bagaimana kita dapat mengambil kesimpulan bahawa syaitan itu takut kepada matahari sedangkan matahari itu terbit dan tenggelam di antara dua tanduk syaitan? Manusia itu sentiasa belajar dari apa yang dilihat dan didengar dan yang dirasakan. Maka, janganlah kita menganggap mudah terhadap tayangan televisyen yang ada, kerana sedikit sebanyak tindakan dan pola berfikir kita akan diwarnai dengan maklumat yang bercelaru di sekitar kita. Orang yang suka melihat rancangan mistik dan berbentuk perdukunan, maka cara orang tersebut dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi tidak akan lari dari dukun. 

10 PINTU SYAITAN DI ALAM NYATA

10 Pintu Syaitan Di Alam Nyata

73717_166838070006437_6169649_n

Foto Sekadar Hiasan

Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya. 

 

Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak. 

 

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang syaitan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalahan ini.

 

Pintu pertama

Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

 

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

 

Pintu kedua

Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhuk kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.

 

Pintu ketiga

Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

 

Pintu keempat

Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

 

Pintu kelima

Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.

 

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.

 

Pintu keenam

Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

 

Pintu ketujuh

Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

 

Pintu kelapan

Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

 

Pintu kesembilan

Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

 

Pintu kesepuluh

Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.

 

Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

 

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.

KENA TINDIH

KETINDIHAN SEMASA TIDUR/SLEEP PARALYSIS

sleep_paralysis-300x193

Pernah mengalami ketindihan mahluk halus semasa tidur? fenomena ini dikenali juga dengan istilah Sleep paralysis, Namun pada beberapa kepercayaan masyarakat di tanah air fenomena ini kerap dikaitkan dengan hal berbau mistik dan klenik dan dikenal juga dengan istilah eRep eRep. sebenarnya mitos ketindihan mahluk halus semasa tidur boleh dijelaskan secara ilmiah.

Biasanya orang yang mengalami ketindihan mahluk halus semasa tidur atau sleep paralysis akan terkejut terbangun dan merasakan tubuhnya berat dan tidak boleh digerakkan, satu-satunya cara adalah menggerakkan hujung kaki, hujung tangan atau kepala sekencang-kencangnya hingga seluruh tubuh boleh digerakkan kembali, biasanya disertai juga dengan munculnya bayangan kegelapan. Hal inilah yang diandaikan “ketindihan” makhluk halus orang sebahagian besar orang.

 

Penjelasan Fenomena Ketindihan Mahluk Halus saat Tidur / Sleep Paralysis

Semasa tidur, aktiviti dan otot-otot tubuh menjadi tidak bergerak, sehingga menyebabkan lumpuh sementara. Bahkan kadang-kadang lumpuh tetap ada setelah orang terbangun. Biasanya, lumpuh tidur diikuti dengan halusinasi. Orang yang mengalami lumpuh tidur merasa seperti dicekik, dada sesak, badan sukar bergerak dan sukar berteriak.

Ketika seseorang tidur, aktiviti otak mengalami dua hal berbeza, yang disebut tidur aktif atau REM (rapid eye movement) dan tidur non-REM. Non-REM selama tidur akan menghasilkan gerakkan selagi anda tidur, seperti bercakap dalam tidur atau berjalan ketika tidur. Sedangkan REM akan mempengaruhi denyutan jantung, laju respirasi dan tekanan darah ketika tidur.

Secara psikologi, sleep paralysis berkaitan dengan tidur di tahap REM, dimana setelah mengalami tidur REM, mata terbuka namun paralysis tetap bertahan. Biasanya hal ini mengakibatkan halusinasi. Sleep paralysis berlaku kira-kira 2-3 minit. Setelah otak dan badan yang berkaitan kembali, pesakit dapat menggerakkan tubuhnya kembali. Namun, memori dari sensasi yang mengerikan atau mimpi buruk biasanya dapat bertahan lama

Secara fisiologi, penyebab sleep paralysis belum diketahui secara pasti. Setakat ini, para psikologi memberikan gambaran umum mengenai penyebab terjadinya sleep paralysis, seperti kebiasaan tidur menghadap ke atas, pola tidur tak tentu, stress, dan perubahan mendadak pada lingkungan atau lifestyle.

 

Mitos Tentang Sleep Paralysis / Ketindihan Mahluk Halus Di Berbagai Negara

Ternyata tidak hanya di indonesia saja mitos eRep eRep atau ketindihan mahluk halus berkembang, berikut adalah mitos tentang sleep paralysis yang ada di berbagai belahan dunia.

Di budaya Afro-Amerika, Gangguan tidur ini disebut the devil riding your back hantu atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.

Di budaya China, Disebut gui ya shen alias gangguan hantu yang menekan tubuh seseorang.

Di budaya Mexico, Disebut se me subió el muerto dan dipercayai sebagai kejadian adanya arwah orang meninggal yang melekat pada seseorang.

Di budaya Kemboja, Laos dan Thailand, Disebut pee umm, merujuk kepada kejadian di mana seseorang tidur dan bermimpi makhluk halus memegangi atau menahan tubuh orang itu untuk tinggal di alam mereka.

Di budaya Iceland, Disebut mara. Ini adalah kata kuno bahasa Island. Artinya hantu yang menduduki dada seseorang di malam hari, berusaha membuat orang itu sesak nafas dan mati lemas.

Di budaya Turki, Disebut karabasan, dipercayai sebagai makhluk yang menyerang orang di kala tidur, menekan dada orang tersebut dan mengambil nafasnya.

Di budaya Jepun, Disebut kanashibari, yang secara literatur diertikan mengikat sehingga diertikan seseorang diikat oleh makhluk halus.

Di budaya Vietnam, Disebut ma de yang artinya dikuasai syaitan. Banyak penduduk Vietnam percaya gangguan ini terjadi kerana makhluk halus merasuki tubuh seseorang.

Di budaya Hungary, Disebut lidercnyomas dan dikaitkan dengan kata supranatural boszorkany (penyihir). Kata boszorkany sendiri bererti menekan sehingga kejadian ini diterjemahkan sebagai tekanan yang dilakukan makhluk halus pada seseorang di saat tidur.

Di budaya Malta, Gangguan tidur ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela (istri Hares), dewa bangsa Malta yang menghantui orang dengan cara merasuki orang tersebut. Dan untuk terhindar dari serangan Haddiela, seseorang harus menaruh benda dari perak atau sebuah pisau di bawah bantal semasa tidur.

Di budaya New Guinea, Fenomena ini disebut Suk Ninmyo. Ini adalah pokok keramat yang hidup dari roh manusia. Pohon keramat ini akan memakan roh manusia di malam hari agar tidak menggangu manusia di siang hari. Namun, seringkali orang yang rohnya sedang disantap pohon ini terbangun dan terjadilah sleep paralysis.