RAWATAN LIMAU???

Mengapa dalam Rawatan Kami Menggunakan Limau?

 limau nipis

Anda pernah berubat di mana-mana pusat rawatan Islam? Kalau pernah mungkin anda juga pernah disuruh untuk melakukan mandi limau selepas proses rawatan dijalankan. Tahukah anda mengapa anda disuruh melakukan mandi limau? Apakah khasiatnya?

 

Mengapa Menggunakan Limau?

Selain kita manusia yang menghuni di alam ini, ada segolongan lagi makhluk yang seperti kita di mana mereka juga diberati oleh Allah dengan hukum syarak, iaitu golongan jin. Jin adalah sejenis makhluk yang berjisim halus, tidak seperti kita yang berjisim kasar.

Atas sebab kejadian inilah kita tidak dapat melihat jisim mereka dengan penglihatan mata kasar. Namun disebabkan oleh golongan jin juga mempunyai akal dan perasaan, maka mereka juga diwajibkan oleh Allah untuk melakukan tuntutan ibadah sebagaimana yang diwajibkan, sama seperti kita.

Oleh kerana itu maka jin ada juga yang soleh, mukmin, bertaqwa, fasik, munafik dan kafir. Oleh kerana jin berjisim, maka tubuh mereka juga akan memberikan tindakbalas apabila terkena jisim yang lain. Maka tubuh jin juga akan memberikan tindakbalas apabila dimandikan dengan air perahan limau, sama seperti tubuh kita apabila dimandikan dengan air perahan limau dalam kuantiti yang banyak.

Tahukah anda bahawa sesuatu itu akan mengalami hakisan apabila direndam dalam cecair yang mengandungi kepekatan asid yang tinggi. Maka begitulah yang akan terjadi pada tubuh jin apabila dikenakan dengan air perahan limau. Tubuh jin akan terhakis atau hancur walaupun dengan air perahan limau dalam kuantiti yang sedikit kerana tubuhnya berjisim halus.

Maka penggunaan air perahan limau dalam merawat gangguan jin adalah satu kaedah  ampuh yang dapat memudharatkan tubuh jin sehingga jin juga terpaksa mengalami rasa sakit yang tidak terhingga. Bagi pesakit yang mengalami gangguan jin, apabila dimandikan dengan air perahan limau in sha Allah jin yang berada di dalam badannya akan keluar meninggalkan tubuh pesakit.

Bagi mereka yang belum pernah mencuba rawatan di tempat saya iaitu di PUSAT RAWATAN ISLAM MADINATUL ASRAR(PRIMA), sedikit penerangan tentang prosuder rawatan yang dilakukan.

1) Pesakit akan dirawatan dengan kaedah scan, iaitu dibacakan ayat-ayat ruqyah sambil perawat meletakkan tangan di atas kepala pesakit.

2) Selepas selesai sesi rawatan tersebut, limau yang dibawa oleh pesakit akan dibacakan juga dengan ayat-ayat ruqyah padanya bagi menambahkan lagi kemujarabannya. Kemudian pesakit akan diterangkan cara-cara melakukan mandi limau dan mandian tersebut akan dilakukan sendiri oleh pesakit di rumah.

3) Tempoh mandi akan dilakukan selama 7 hari berturut-turut dan selepas itu pesakit akan datang semula untuk sesi rawatan ulangan. Alhamdulillah setakat ini ramai pesakit berjaya disembuhkan dengan kaedah ini melalui izin dari Allah.

Semoga dengan sedikit penerangan ini anda akan lebih memahami mengapa kaedah mandi limau digunakan dalam rawatan cara Islam dalam menangani gangguan dari jin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s